follow me? i'll follow u back.... :)

Rabu, 30 September 2009

- E FORCE -


E stands for EMma la...

well..... they're mine.. hua3~



ni kiwi.. x reti dok diam!


ni la team Emma's Force! ngee~




aku yg berspesis homo sapiens~

Ahad, 27 September 2009

- Puasa 6 n Persoalan -

salam~

entry kali ni, ak copy jek.. dari http://abidsakina.blogspot.com/

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.

Maksudnya: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun. [Sahih Muslim hadis no: 1164].

Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

HIKMAH PUASA 6


Dari sudut kesihatannye..Puasa selama sebulan penuh time bulan Ramadhan antaranya membantu sistem percernaan dlm badan rehat sekejap di waktu siang selama sebulan.. Mai bulan Syawal pulak menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dgn tiba2 diberi tugas mencerna segala mak nenek makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya [paham2 la kan..dgn segala ketupat,rendang,lemang,kueh2 raya yg berjenis2 dll..ish3=) ]. Dan sebab tu lah, puasa enam ni bagi masa balik kat sistem pencernaan badan untuk berehat sekejap n ’buat kerja’ sikit2 n beransur2 utk kebaikan jasmani manusia tu sendiri..

Dan dari sudut perspektif KITA sebagai hamba Allah, kan bagus amalan puasa yg wajib di bulan Ramadhan diteruskan di bulan2 seterusnya...tambah2 sekadar 6 hari di bulan Syawal. Sebagai bukti kita sebagai hambaNya yg bersungguh2 utk taqarrub ilaLLah..sebagai jalan utk mendekatkan diri kpdNya, utk mendapat Redha n kasihNya.Bukan sebab kerana ia wajib je kita buat..Umpama kata seorang ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangkan pd bulan lain Allah swt dilupai”.


Frequently Asked Question [FAQ]


1- Puasa 6 ni dibuat secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?

Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.

Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ [ [آل عمران: 133]

Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Ali Imran:133]

2- Takpe ke buat Puasa Sunat Enam Syawal dulu, baru Mengqadha Puasa Ramadhan?

Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini. Ada yg kata BOLEH ada yg kata TAK BOLEH.

  • ·Tidak boleh, berdasarkan hadis ni sendiri; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

Nabi SAW mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dulu, kemudian barulah “mengiringinya dgn 6 hari dari bulan Syawal”. Maksudnya, puasa sunat 6 Syawal hanya dilaksanakan sesudah menganti puasa Ramadhan yg pernah ditinggalnya. Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri.

Jadi, kalau ditanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawal ni dan puasa qadha? Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis ni sebagai asas keutamaan, walaupun kita tahu dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Secara mudahnya, kalaulah seseorang tu kena Qadha puasa selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yg lama masa Ramadhan yg lepas sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah dia buat puasa enam terlebih dulu pada masa tu. Sebabnya, kita pun tahu yg waktu puasa sunat Syawal ni singkat kalo banding dgn Qadha (sepanjang tahun).

Apepun kena ingat, walaupun waktu utk puasa Qadha tu panjang, kita tetap tak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dulu. Kita tak tahu kan ajal kita bila..

Tapi, bagi perempuan or anak dara yg normal, dlm kata lain, kitaran haid dia normal, puasa yg perlu diqadha hanya dlm range 5, 6, 7,8 camtu je kan..ditambah pula mempunyai tahap kesihatan yg baik(takde penyakit kronik yg memudaratkan kalau puasa), sihat tubuh badan dan dlm golongan mampu lah org kata.Rasanya tak ada masalah sebab kalau campur kedua2 nya dalam 10 hari ke atas mcm tu..katakan, qadha 6 hari, then sambung pulak 6 hari..baru 12 hari puasa. InsyaAllah sempat.

Secara analoginya, membayar hutang yang wajib patut didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Hal disokong dgn ayat 133 surah Ali Imran yg dah di beri sebelum ni, yg menganjurkan kita utk memprioritikan amal kebajikan. Of course amal yg wajib lebih perlu disegerakan drpd amal yg sunat..=)

قال النووي في شرح مسلم: "وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الإِمْكَان."

Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].

Andainya...

Seseorang yg mati sebelum mengganti puasa Ramadhannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira “masih berhutang dengan Allah SWT.”

Tapi,kalau seseorang yg mati selepas berjaya melangsaikan hutang puasanya tetapi tak sempat berpuasa sunat Syawal, pastinya takde sebarang masalah pun, malah ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

So, Kita kena faham bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dgn Allah berbanding puasa syawal yang hanyalah sebagai tambahan pahala...

  • ·Boleh, ia jadi boleh seandainya seorang tu tak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan juga akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka dia boleh lakukan seperti yg dilakukan Aisyah ra. Aisyah ra berkata:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري

Maksudnya: Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim & al-Bukhari, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]

Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].

3- Boleh ke gabungkan puasa qadha dan puasa enam?

Isu penggabungan puasa qadha & sunat syawal tersangatla popular. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Secara ringkasnya, ana sendiri bersetuju dgn pendapat ini..

Tidak elok utk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kpd para sahabat utk menggabungkannya.

Bila Nabi, sahabat dan salaf soleh sendiri tak buat,maka pastilah ia bukan amalan yg terpilih dan terbaik krn pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik...Tak gitu?

Malah ada juga hujjah-hujjah yg menyebabkan pandangan yg mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. kalau seseorang kata boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dgn puasa syawal (yang sunat) maka sudah tentu lepas ini timbul pula individu yg cuba menggabungkan solat wajib dgn solat sunat, seperti gabungan solat isyak dgn terawih, atau subuh dgn ‘tahiyyatul masjid' atau dgn solat sunat fajar, atau solat jumaat dgn solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dlm ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.[Betul3....]

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tak boleh digabungkan dgn apa-apa amalan wajib atau sunat lain, krn amalan wajib perlukan tumpuan khusus yg tak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dlm menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam...

3. Tindakan ‘Aisyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya). [Rujuk hadis di atas]

4. Amalan wajib (qadha) perlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dgn niat puasa sunat mungkin boleh merosakkan kepastiannya.Sebab itulah ulama’ yg mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama’ yg mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawal kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yg berhujjah bahawa amalan sunat tak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.


Kesimpulan

Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yg wajib (qadha) daripada sunat (syawal).

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yg tunduk kpd Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dgn memisahkan di antara yg menjadi kewajipan dgn yg menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Kita perlu lebih berhati-hati (ahwat) dlm ibadat, serta melakukan ibadat dgn yakin adalah lebih utama (aula), krn ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dgn puasa fardhu yg lain atau dgn puasa sunat yg lain. Maka, jalan selamat?? ASINGKAN. Agar kita pun lebih yakin..

Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]

Pandangan ini dianggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yg mempunyai kesukaran kerana uzur dan tak mampu utk mengasingkannya. Antara ulama yg membolehkan(tapi kurang pahalanya) untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Diantaranya..

Ada dari ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]

  • Takut bila qadha puasa dulu, tak sempat pula utk puasa sunat enam..?? [kita faham, perempuan kan bukan sepanjang masa boleh berpuasa....]

Bagi yg tak sempat melakukan puasa sunat krn sibuk dgn puasa wajib ,diharapkan Allah swt akn memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:

(( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.

Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah uzur atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu tidak uzur” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]

Rujukan dan pendapat : Artikel tulisan AL-FADHIL USTAZ ZAHARUDDIN ABD.RAHMAN dan AL-FADHIL DR.ABD.BASIT HJ ABD RAHMAN.



aku yg x ganti pose lg,







p/s : ble nk start pose balik ni??

Sabtu, 26 September 2009

- ghaye datang lagi -

selamat ari raye sume...

berbekalkan sebijik kamera..

aku men'snap' beberapa keping gambar ari raye!

raye tahun ni ak p beraya..

x pernah2 ak p raye rumah org kecuali sedara mara ak..

aneh btol perasaan ini.. haha~

k la... sila la jamu mate...








yang maseh beraya,





p/s : kasik la duet raye sket weyhh~

- mesti siapkan kilije -





aku dah pulang!!!

o0o0owwhh.. mateku sungguh ngantuk..

siyes!!.. tulun!!! ak nk wat kije ni~





aku, bukan dia....







p/s : mcm mana mau mula?

Sabtu, 12 September 2009

- mau pulang -

hehe.. beberapa jam lg, aku akan landing atas katil yg sgt masyukk!!! katil kat umah.. h0h0.. perasaan yg sungguh x tertahan lg.. gile poyo minah ni.. hahaha.. ade aku kesah?:P

k la.. sempena cuti raya yg bakal menjelma ni, ak nk mntak maap pada sesape yg terasa ati ngan ak.. ak tau.. ak x baek sgt pun.. kdg2 mulut ni lancoooorrr jek nk ngata.. haaa.. teringat plak kesah mase g sahur td.. sori ea pd couple/kwn/ ape2 aje la hubungan korg berdua.. iaitu mereka yg dah halang laluan ak tok ke kafe td ngan menggunakan wayar charger laptop mereka.. ak mntak maap ter'sound' baek punye.. tp, bukan ak sorg jek salah kan?? korg pun patut pikir org laen gak.. huhu..

ok.. ni kad raya dr aku tok sume.. selamat ari raye!!!




humbly, seeking for forgiveness,







p/s : klau aku nk beli baju raya sepasang lg ok x??

Jumaat, 11 September 2009

- sahur -

smlm, first tyme ak sahur kat kafe.. x pernah pun p cafe pg2 spjg bulan Ramadhan ni.. Rumet aku pun x pernah bising2 nk g.. huhu.. so, pas wat kire2, smlm la sgt seswai msenye tok bersahur bersama rumet... then, tini ajak nana, ochie n ida join skali.. mse nk siap2 nk p, ipah kte x mo p..




so, bergerak menuju ke kafe la kami bertiga.. macam bujang lapok plak.. nana n ochie da tunggu kat kafe.. "nana suda lapar..." kata ochie.. hahaa~



ingat nk mkn mee bandung kak ngah, kedai dia tutup lak kejap.. x jd.. order nasi goreng USA.. xde jugak.. adesss.. ak pun order jek la nasi goreng cendawan..


*********************************************************************


pas sejam lebih menunggu.. siaplah menu kami.. pergghh... sgt tidak menyelerakan.. telan aje la emma... hahaha..



sem depan, daya ngan tini dah xde.. cmne nk makan ramai2 lg.. x bestnye.. (sebak lak tetibe)



bak kate ochie "tuan punye hp, xde pun xpe..."


LOTS OF KARUTSSS,







p/s: korg, kalau dah kuar nnti, lupe kat aku, siap laa... hahaha~

Khamis, 10 September 2009

- berbuka kat padang plak!! -



p/s : kepada ahuu.. peram la entry ko lame2.. haha~


(ape3? x kesah la nk taruk pesanan kat mane pung kan.. hahaha.. pesanan penting lg tu!.. skrg kol 7.24pm.. baru jek siap bukak pose.. laptop depan muke, updet la.. ape lg.. ngee~)


09/09/09 - bersamaan ari rabu... aku, mas ngan ahu kuar g kuantan~ nk g berbuka kt padang.. seawal jam 2.30 ak dah siap.. nk kene jumpe kak fizah dulu.. nk bincang pasal nk wat standard tok PSM la.. ape laie.. sejam lebih dok bincang2.. perbincangan pun tamat... kami pun bertolak la.. seronok2..



muke2 kelaparan..


parking kete dkat masjid, kami pun tawaf la bazar kat situ.. perghh.. makanan plus lauk pauk kat situ memang nmpak menyelerakan.. rase, x tau la plak... sbb ak x beli semua.. lebih kurg 3 kali tawaf, maka complete la tgan ngan mknan..




cari port baekkk punye... landingkan punggung.. ooopss.. posing2 sket.. maka terhasillah album "MAKAN DI PADANG".. hahaha.. dkat kol 7, beli air.. aku yg tamak, beli 2 air yg mane last2 x terminum sbb konyang yg amat sgt...



berlakangbelakangkan masjid, kami ber'snap2'an


haha.. tu je la tok entry ni.. sile2 cube mkn di padang tu ea.. mmg meriah! banyak choice..


LOTS OF KARUTSS,






p/s : jahanam bahase melayu aku.. ayark~

Rabu, 9 September 2009

- planning -

owh.. ak rse idopku sgt tdak terurus.. ade sape2 leh jd PA ak x? aku dah lupe la ape nk kene wat ni... ape ea...

proposal PSM
assignment Plant Design
test Mandarin
report Mixing + presentation
test Plant Design
business plan
PME!!


aiyark~ ade lg ni kan.. aku pusing!!



p/s : btol ke ak nk balik jumaat ni.. nk kene bawak balik stok homework ke stok muvie?? cmne ni...

Selasa, 8 September 2009

- bukak pose ramai2 -

hoho.. asek tgok pic org len jek bukak pose ramai2.. kali ni korg tgok la pic ak.. hua3.. semalam, pas meeting plant design yg sokojap bobonar tu, ak naek bilik stdy jap.. bncang2 ngan mas ngan ahu pasal plant design ler.. tibe2 masuk topik nk kuar.. nk mkn ramai2.. so, pikir2, mmg ari smlm jek yg seswai.. then, call sini, call sane... carik kete sane sini.. bla2.. wat so ever.. kami pun jdik kuar..


date : 7 september 09'
time : 6.30 pm
venue : sinar mesra seafo0d
menu : nasik + tomyam campur + sayur cmpur + khailan + daging masak merah + ikan pebende ntah + sotong n udang goreng tepung = SANGAT MASYUKKK!!!

ok.. mase tok snap!


ikan!! kami!! sutun!! khailan!! owhhhh~




hujan ke panas ke, time snap pling pnting! ngee~




muke2 konyang..




cukup la ni jek kot.. tenet kol 6 pg.. leh la nk uplod pic.. kalau x, haremmm..



p/s : bukit gmbang, nntikn kedatangankku!!

Ahad, 6 September 2009

- bile nk kawen ea -

ak telah di tag oleh cik hanis farzana pd suatu ari.. disebabkan waktu berbuka lmbat lg.. aku pun try la menjawab...

10 CIRI LELAKI/WANITA YANG LAYAK MENJADI ISTERI/SUAMI ANDA-[di akhir post anda,tagged 10 orang dari rakan2 anda]



  1. pegangan agama yg kuat - of course la Islam..
  2. famili background yg baek..
  3. mampu nk tanggung kami anak beranak.. ececece...
  4. rupe? owh.. x yah ensem sgt.. nnti org laen ngorat.. bese2 jek.. erm.. lg best kalau dia cam chubby2 sket.. owh.. i like~
  5. leh terima aku, famili ak.. sume la pasal ak..
  6. pandai wat lawak.. xde la dull sgt relation tu..
  7. penyayang + caring... bahagia tu...
  8. x konkong + busybody - x kan la setiap pe kte nk wat kene lapor dulu.. duhh!! rimas^%^&%^$
  9. memahami aku - well.. org kte galz ni ske bg hint jek.. so, dia kene la paham hint yg ak dh kasik tu..
  10. sumone yg ak comfortable with.. x kekok sgt nnti kan.. hehe~

ok.. ak x meminta sgt kan?? hehe.. mane nk carik ea.. adoyaaiii...


nk tag sape ea?
  • penyu patah kaki
  • yen
  • adrie
  • shana
  • maya
  • mr yen
ckup la tu kot.. kang ak sebut2 nme bese, korg dah wat plak.. hehe..



p/s : seminit tu sgt penting kan bulan2 pose ni.. lg beberapa minit lg...berbuka la ak.. ngee~

- keropok lekor -

ari ni.. ak nk ajr korg wat keropok lekor.. hmmm.. sodappp!!..

bahan2 :

1. 1 kg ikan Parang/Kembong
2. 500 g tepung sagu/ tepung kanji
3. garam secukupnya
4. 125 ml air
5. sedikit ketulan air batu


- so, step dia senang jek.. korg cuci ikan tu.. amik isi jek.. ingat!!! amik isi jek.. jgn nk syg2 plak tulang ke, sirip ke.. kepala ke.. amik ape?? yer.. amik isi jek..

- pastu korg lumatkan either korg nk tumbuk or cincang... plus... mase tumbuk2 tu, kene taruk ice.. untuk ape? siyes.. aku pun x tau..

- then, korg masukkan tepung n air.. smpai leh hasilkan doh la pendek kate.. x tau doh tu ape?? aiyo0o0... cri sendirik.. uli2... bntuk pjg2 tu.. kalau terer, wat la bentuk bintang ke.. tulip ke.. ok gak tu...

- tp, bntuk bintang korg td akan jdik sia2 sbb next step, korg kene gak potong.. kalau x, konpem x masak keropok ko nyah!

- rebuss... smpai la dorg timbul.. keringkan n goreng.. nk rebus pun leh gakk.. cicah ngan sos.. pergghh kecur air liur den..

aku?? mesti la dah try.. x brape nk jadik la.. pasai pa? pasai aku malaih sgt.. kemalasan itu termasuk:

1) menghancurkan isi2 ikan tu
2) terlalu murah ngan air.. bile air byk, tepung kene byk kan.. adoii.. jahanam resepi aku..
3) aku gune tepung ubi jek.. yg tu jek ade kt umah.. dgr2 cm x sedap gune tepung gitu.. baek cari sagu..
4) ikan.. ak gune ikan ape ntah.. tp, yg pasti ikan tu halal.. n, aku ade bace, byk jenis ikan leh kte gune bnrnye..



selamat mencobe! tu pun kalau korg x malas la.. haha~


p/s : xde la trok sgt rase keropok aku tu.. standard la.. skadar memaen.. tp.. still bleh ditelan oleh adik ak (ok.. ak yg pakse..) nnti nk cobe lg ler...

Khamis, 3 September 2009

- al-fatihah -

cuti datang lg.. beberapa ari lg.. aku akan pulang.. naek bas.. kalau naseb baek, naek lori.. tumpang jek la mane2 lori..(nk mampoiihhHH?)

cte ni pasal waktu ak balik mggu lepas.. ari jumaat, pas lab, capai pape yg ptut.. x sabar nk pose kt umah.. smpai kt smpang gambang, n mas drove balik UMP.. ade plan laen..

ade few gurls n guys waiting 4 d bus.. tanpa segan silu, ak p la kt sorg dak ni sbb dia jek yg xde geng.. (same la ngan ak).. kami pun berdialog la..


aku : balik mane?
dia : keratong..
aku : owh.. keratong bape?
dia : 2..
aku : samelahh.. (patutlah cam pernah nmpak..) blok mane ea?
dia : 16
aku : erk.. dekat sgt la.. sy 15..

so.. dialog2 seterusnye dipotong agar pembaca x bosan sgt.. n, dipendekkan cte.. ak mmg peramah orgnye.. (angkat bakul yg x pernah penuh)


d next day @ home.. (of course la.. mlm tu tdo awal... xde pe sgt nk cte.. smpai umah pun dah dkat kol 10), ak pun cte la kat mak aku, wondering.. anak sapa la tu... selepas penerangan pendek mak aku bg, ak tau name dia maybe NORA.. sbb mak ak pun x pasti.. n keramahan aku terlalu tggi smpai lupe tny name masa tggu bas..

ptg tu... lepak umah... maen facebook.. tbe2 ak dgar de pengumuman kt masjid.. ak wat relax jek mule2.. tgok mak aku khusyuk dgr pengumuman, aku pun slowkan volume lgu ak.. maka terdengarlah...


"PENGUMUMAN.. HARI INI ADA SATU KEMATIAN.. KEMATIAN DI BLOK 16.. ANAK PENEROKA"

aku x ingat detail pengumuman tu.. tp, detail yg aku lupe tu la buat ak sgt terperanjat.. aku rase, aku dapat agak siapa.. it's Nora.. cam pelik sgt... ak baru jek kenal2, borak2 ngan dia smalam.. Ya Allah.. shock sgt.. ak mendapatkan mak aku untuk kepastian.. mak ak ngan tenang jawab.. "Ye la kot..." smbil siap2 nk g melawat.. aku pun tggu je la kt umah..

dkt kol 6 mak ak balik.. dia cte pasal arwah.. "dia kate nak amik moto mak dia.. nk bawak keje.. baru jek dapat lesen kete"

bile ak dgr... hmm itulah yg arwah bgtau ak.. x larat la nk bawak kete... minyak gune byk sgt.. dia drive pergi balik kuantan - keratong ari2.. mmg parak..

dalam shock2 mase tu, ak sedar.. kte mungkin pergi bile2 mase je... semuanya dah dirancang...

al-fatihah buat arwah..



p/s: speechless...
Related Posts with Thumbnails