follow me? i'll follow u back.... :)

Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan

Isnin, 6 Jun 2011

penyakit kencing tikus

Bahaya kencing tikus

APABILA 11 daripada 602 anggota polis kadet dari 23 sekolah di Melaka dijangkiti leptospirosis iaitu penyakit daripada kuman kencing tikus ketika perkhemahan di Sungai Congkak, Hulu Langat, baru-baru ini, ramai yang risau kerana tempat itu menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu untuk berkelah bersama keluarga.

Pengarah Kesihatan Melaka, Dr Nooraini Baba, berkata jangkitan kuman itu boleh berlaku jika air yang tercemar digunakan untuk mandi, memasak atau minum. Gejala penyakit muncul dalam masa empat hingga 19 hari selepas kuman atau bakteria Leptospira memasuki badan.

Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira iaitu bakteria yang berbentuk berpilin (bergelung) yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut.

Banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi ada sekadar menjadi pembawa dan tidak mengalami masalah. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti lembu, babi, kuda, anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

Walaupun catatan kes leptospirosis di negara ini rendah (hanya beberapa kes setahun), ia sebenarnya penyakit global dan kebanyakan kes berlaku di negara beriklim sederhana dan tropika. Di Amerika Syarikat, dianggarkan 100 kes leptospirosis dicatatkan setiap tahun.

Gejala leptospirosis biasanya muncul dalam masa dua hingga 25 hari selepas seseorang itu terdedah kepada kencing, darah atau cebisan tisu haiwan dijangkiti.

Bagaimanapun, bakteria daripada kencing haiwan ini boleh tersebar melalui air atau tanah.

Manusia boleh mendapat jangkitan apabila mengharung atau berenang dalam air tercemar yang tidak mengandungi klorin. Bahkan, menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia selain sentuhan langsung dengan air kencing, darah atau tisu haiwan yang dijangkiti.

Bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Bagaimanapun, bakteria ini tidak dipindahkan dari satu individu ke individu lain.

Secara umumnya leptospirosis berkembang dalam tiga fasa;

Fasa pertama menyebabkan gejala seperti:
~~Sakit kepala.
~~Sakit otot.
~~Mata menjadi sensitif terhadap cahaya terang atau sakit mata.
~~Seram sejuk.
~~Demam panas secara tiba-tiba.

Gejala fasa kedua:
~~Gejala fasa pertama berulang dan demam.
~~Leher terasa sakit dan tegang.
~~Sesetengah pesakit mengalami keradangan saraf mata dan selaput otak (meningitis).

Gejala fasa ketiga:
~~Demam.
~~Sakit otot.
~~Jangkitan pada pundi kencing, paru-paru dan jantung (jarang berlaku).

Dianggarkan 25 hingga 35 peratus pesakit mungkin mengalami batuk tidak berkahak, manakala 50 peratus lagi mempunyai masalah mual, muntah dan cirit-birit. Kebanyakan pesakit (75 hingga 100 peratus) mengalami sakit kepala dan demam.

Pada peringkat seterusnya jangkitan boleh menyebabkan kelenjar limfa bengkak, sakit tekak, otot tegang, bunyi paru-paru yang tidak normal atau ruam. Gejala ini boleh berlanjutan dari beberapa hari ke beberapa minggu.

Dalam kes serius dan tidak mendapat rawatan, leptospirosis boleh menyebabkan kematian. Tahap jangkitan berbeza antara individu mengikut daya ketahanan masing-masing. Ada yang mungkin mengalami gejala teruk, tetapi ada juga individu dijangkiti hanya mendapat gejala ringan.

Masalah kesihatan akibat jangkitan biasanya bermula dengan demam panas secara tiba-tiba.
Gejala menjadi lebih serius apabila penyakit memasuki fasa kedua dan ketiga kerana ia boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kerosakan hati.

Apabila dijangkiti, biasanya bakteria Leptospira mengambil masa 10 hari (tempoh inkubasi) sebelum menimbulkan gejala. Namun tempoh inkubasi ini boleh ada dalam julat dua hingga 21 hari. Dalam tempoh ini rawatan sewajarnya perlu diberikan untuk mengelak komplikasi tidak diingini.

Sebagaimana jangkitan bakteria lain, leptospirosis boleh dirawat dengan mengambil antibiotik seperti penisilin, streptomisin, eritromisin, tetrasiklin dan doksisiklin yang perlu diberikan pada peringkat awal jangkitan.

Namun jika gejala dialami serius, doktor akan memantau keadaan pesakit supaya tidak bertambah teruk. Selain rawatan, beberapa cara boleh dilakukan untuk mengelak jangkitan bakteria leptospira iaitu:

1) Elak mengharung air (terutama air banjir) atau berenang dalam air sungai atau kolam yang dikhuatiri tercemar, terutama jika anda ada luka atau kudis.

2) Elak mengunjungi tempat yang dikatakan ada jangkitan buat sementara waktu sehingga ia disahkan selamat.

3) Jika berenang dalam kolam atau tasik, pastikan air tidak masuk ke dalam mulut.

4) Pastikan air yang diminum dimasak sehingga mendidih terlebih dulu.

5) Pastikan kawasan persekitaran anda sentiasa bersih untuk mencegah kedatangan tikus.

6) Gunakan sarung tangan apabila membuang bangkai haiwan dan membersihkan najis haiwan peliharaan. Bimbang jika haiwan berkenaan juga dijangkiti bakteria leptospira.

7) Sentiasa bersihkan kawasan keliling rumah supaya tiada air bertakung.

sumber

kene KENCING @ MENGENCING ngan member2 pon bahaya gak kadang2~~

Khamis, 8 Oktober 2009

- cara pemakanan Rasulullah -

hmm.. tgah belek2 cari info pasal koktel, terjumpe artikel ni.. artikel dalam bahase Indonesia, ak terjemah kan la sket.. okeh, dah sedia sume??

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

1. Jangan makan SUSU bersama DAGING
2. Jangan makan DAGING bersama IKAN
3. Jangan makan IKAN bersama SUSU
4. Jangan makan AYAM bersama SUSU
5. Jangan makan IKAN bersama TELUR
6. Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
7. Jangan makan SUSU bersama CUKA
8. Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL


CARA MAKAN

  • JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

  • TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.

  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

*kesan nye adalah untuk jangka panjang~

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. Dalam al Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain :

  • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

  • semoga dengan sedikit wacana diatas, tubuh kita lebih sehat dan tidak mudah terserang penyakit..dan semoga dengan mencontoh teladan Rasulullah SAW, hidup kita pun mendapat barokah serta diridhoi Allah SWT. wallahu a’lam bish showab…

artikel ni xde plak state source mane selain ustaz tu, so, aku x dpat nak komen sejauh mane kesahihan artikel ni.. aku sekadar berkongsi ilmu..


yg tgah pening,

Ahad, 27 September 2009

- Puasa 6 n Persoalan -

salam~

entry kali ni, ak copy jek.. dari http://abidsakina.blogspot.com/

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.

Maksudnya: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun. [Sahih Muslim hadis no: 1164].

Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

HIKMAH PUASA 6


Dari sudut kesihatannye..Puasa selama sebulan penuh time bulan Ramadhan antaranya membantu sistem percernaan dlm badan rehat sekejap di waktu siang selama sebulan.. Mai bulan Syawal pulak menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dgn tiba2 diberi tugas mencerna segala mak nenek makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya [paham2 la kan..dgn segala ketupat,rendang,lemang,kueh2 raya yg berjenis2 dll..ish3=) ]. Dan sebab tu lah, puasa enam ni bagi masa balik kat sistem pencernaan badan untuk berehat sekejap n ’buat kerja’ sikit2 n beransur2 utk kebaikan jasmani manusia tu sendiri..

Dan dari sudut perspektif KITA sebagai hamba Allah, kan bagus amalan puasa yg wajib di bulan Ramadhan diteruskan di bulan2 seterusnya...tambah2 sekadar 6 hari di bulan Syawal. Sebagai bukti kita sebagai hambaNya yg bersungguh2 utk taqarrub ilaLLah..sebagai jalan utk mendekatkan diri kpdNya, utk mendapat Redha n kasihNya.Bukan sebab kerana ia wajib je kita buat..Umpama kata seorang ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangkan pd bulan lain Allah swt dilupai”.


Frequently Asked Question [FAQ]


1- Puasa 6 ni dibuat secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?

Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.

Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ [ [آل عمران: 133]

Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Ali Imran:133]

2- Takpe ke buat Puasa Sunat Enam Syawal dulu, baru Mengqadha Puasa Ramadhan?

Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini. Ada yg kata BOLEH ada yg kata TAK BOLEH.

  • ·Tidak boleh, berdasarkan hadis ni sendiri; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

Nabi SAW mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dulu, kemudian barulah “mengiringinya dgn 6 hari dari bulan Syawal”. Maksudnya, puasa sunat 6 Syawal hanya dilaksanakan sesudah menganti puasa Ramadhan yg pernah ditinggalnya. Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri.

Jadi, kalau ditanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawal ni dan puasa qadha? Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis ni sebagai asas keutamaan, walaupun kita tahu dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Secara mudahnya, kalaulah seseorang tu kena Qadha puasa selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yg lama masa Ramadhan yg lepas sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah dia buat puasa enam terlebih dulu pada masa tu. Sebabnya, kita pun tahu yg waktu puasa sunat Syawal ni singkat kalo banding dgn Qadha (sepanjang tahun).

Apepun kena ingat, walaupun waktu utk puasa Qadha tu panjang, kita tetap tak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dulu. Kita tak tahu kan ajal kita bila..

Tapi, bagi perempuan or anak dara yg normal, dlm kata lain, kitaran haid dia normal, puasa yg perlu diqadha hanya dlm range 5, 6, 7,8 camtu je kan..ditambah pula mempunyai tahap kesihatan yg baik(takde penyakit kronik yg memudaratkan kalau puasa), sihat tubuh badan dan dlm golongan mampu lah org kata.Rasanya tak ada masalah sebab kalau campur kedua2 nya dalam 10 hari ke atas mcm tu..katakan, qadha 6 hari, then sambung pulak 6 hari..baru 12 hari puasa. InsyaAllah sempat.

Secara analoginya, membayar hutang yang wajib patut didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Hal disokong dgn ayat 133 surah Ali Imran yg dah di beri sebelum ni, yg menganjurkan kita utk memprioritikan amal kebajikan. Of course amal yg wajib lebih perlu disegerakan drpd amal yg sunat..=)

قال النووي في شرح مسلم: "وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الإِمْكَان."

Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].

Andainya...

Seseorang yg mati sebelum mengganti puasa Ramadhannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira “masih berhutang dengan Allah SWT.”

Tapi,kalau seseorang yg mati selepas berjaya melangsaikan hutang puasanya tetapi tak sempat berpuasa sunat Syawal, pastinya takde sebarang masalah pun, malah ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

So, Kita kena faham bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dgn Allah berbanding puasa syawal yang hanyalah sebagai tambahan pahala...

  • ·Boleh, ia jadi boleh seandainya seorang tu tak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan juga akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka dia boleh lakukan seperti yg dilakukan Aisyah ra. Aisyah ra berkata:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري

Maksudnya: Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim & al-Bukhari, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]

Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].

3- Boleh ke gabungkan puasa qadha dan puasa enam?

Isu penggabungan puasa qadha & sunat syawal tersangatla popular. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Secara ringkasnya, ana sendiri bersetuju dgn pendapat ini..

Tidak elok utk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kpd para sahabat utk menggabungkannya.

Bila Nabi, sahabat dan salaf soleh sendiri tak buat,maka pastilah ia bukan amalan yg terpilih dan terbaik krn pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik...Tak gitu?

Malah ada juga hujjah-hujjah yg menyebabkan pandangan yg mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. kalau seseorang kata boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dgn puasa syawal (yang sunat) maka sudah tentu lepas ini timbul pula individu yg cuba menggabungkan solat wajib dgn solat sunat, seperti gabungan solat isyak dgn terawih, atau subuh dgn ‘tahiyyatul masjid' atau dgn solat sunat fajar, atau solat jumaat dgn solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dlm ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.[Betul3....]

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tak boleh digabungkan dgn apa-apa amalan wajib atau sunat lain, krn amalan wajib perlukan tumpuan khusus yg tak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dlm menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam...

3. Tindakan ‘Aisyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya). [Rujuk hadis di atas]

4. Amalan wajib (qadha) perlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dgn niat puasa sunat mungkin boleh merosakkan kepastiannya.Sebab itulah ulama’ yg mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama’ yg mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawal kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yg berhujjah bahawa amalan sunat tak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.


Kesimpulan

Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yg wajib (qadha) daripada sunat (syawal).

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yg tunduk kpd Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dgn memisahkan di antara yg menjadi kewajipan dgn yg menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Kita perlu lebih berhati-hati (ahwat) dlm ibadat, serta melakukan ibadat dgn yakin adalah lebih utama (aula), krn ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dgn puasa fardhu yg lain atau dgn puasa sunat yg lain. Maka, jalan selamat?? ASINGKAN. Agar kita pun lebih yakin..

Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]

Pandangan ini dianggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yg mempunyai kesukaran kerana uzur dan tak mampu utk mengasingkannya. Antara ulama yg membolehkan(tapi kurang pahalanya) untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Diantaranya..

Ada dari ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]

  • Takut bila qadha puasa dulu, tak sempat pula utk puasa sunat enam..?? [kita faham, perempuan kan bukan sepanjang masa boleh berpuasa....]

Bagi yg tak sempat melakukan puasa sunat krn sibuk dgn puasa wajib ,diharapkan Allah swt akn memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:

(( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.

Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah uzur atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu tidak uzur” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]

Rujukan dan pendapat : Artikel tulisan AL-FADHIL USTAZ ZAHARUDDIN ABD.RAHMAN dan AL-FADHIL DR.ABD.BASIT HJ ABD RAHMAN.



aku yg x ganti pose lg,







p/s : ble nk start pose balik ni??
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails