follow me? i'll follow u back.... :)

Isnin, 6 Jun 2011

penyakit kencing tikus

Bahaya kencing tikus

APABILA 11 daripada 602 anggota polis kadet dari 23 sekolah di Melaka dijangkiti leptospirosis iaitu penyakit daripada kuman kencing tikus ketika perkhemahan di Sungai Congkak, Hulu Langat, baru-baru ini, ramai yang risau kerana tempat itu menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu untuk berkelah bersama keluarga.

Pengarah Kesihatan Melaka, Dr Nooraini Baba, berkata jangkitan kuman itu boleh berlaku jika air yang tercemar digunakan untuk mandi, memasak atau minum. Gejala penyakit muncul dalam masa empat hingga 19 hari selepas kuman atau bakteria Leptospira memasuki badan.

Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira iaitu bakteria yang berbentuk berpilin (bergelung) yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut.

Banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi ada sekadar menjadi pembawa dan tidak mengalami masalah. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti lembu, babi, kuda, anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

Walaupun catatan kes leptospirosis di negara ini rendah (hanya beberapa kes setahun), ia sebenarnya penyakit global dan kebanyakan kes berlaku di negara beriklim sederhana dan tropika. Di Amerika Syarikat, dianggarkan 100 kes leptospirosis dicatatkan setiap tahun.

Gejala leptospirosis biasanya muncul dalam masa dua hingga 25 hari selepas seseorang itu terdedah kepada kencing, darah atau cebisan tisu haiwan dijangkiti.

Bagaimanapun, bakteria daripada kencing haiwan ini boleh tersebar melalui air atau tanah.

Manusia boleh mendapat jangkitan apabila mengharung atau berenang dalam air tercemar yang tidak mengandungi klorin. Bahkan, menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia selain sentuhan langsung dengan air kencing, darah atau tisu haiwan yang dijangkiti.

Bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Bagaimanapun, bakteria ini tidak dipindahkan dari satu individu ke individu lain.

Secara umumnya leptospirosis berkembang dalam tiga fasa;

Fasa pertama menyebabkan gejala seperti:
~~Sakit kepala.
~~Sakit otot.
~~Mata menjadi sensitif terhadap cahaya terang atau sakit mata.
~~Seram sejuk.
~~Demam panas secara tiba-tiba.

Gejala fasa kedua:
~~Gejala fasa pertama berulang dan demam.
~~Leher terasa sakit dan tegang.
~~Sesetengah pesakit mengalami keradangan saraf mata dan selaput otak (meningitis).

Gejala fasa ketiga:
~~Demam.
~~Sakit otot.
~~Jangkitan pada pundi kencing, paru-paru dan jantung (jarang berlaku).

Dianggarkan 25 hingga 35 peratus pesakit mungkin mengalami batuk tidak berkahak, manakala 50 peratus lagi mempunyai masalah mual, muntah dan cirit-birit. Kebanyakan pesakit (75 hingga 100 peratus) mengalami sakit kepala dan demam.

Pada peringkat seterusnya jangkitan boleh menyebabkan kelenjar limfa bengkak, sakit tekak, otot tegang, bunyi paru-paru yang tidak normal atau ruam. Gejala ini boleh berlanjutan dari beberapa hari ke beberapa minggu.

Dalam kes serius dan tidak mendapat rawatan, leptospirosis boleh menyebabkan kematian. Tahap jangkitan berbeza antara individu mengikut daya ketahanan masing-masing. Ada yang mungkin mengalami gejala teruk, tetapi ada juga individu dijangkiti hanya mendapat gejala ringan.

Masalah kesihatan akibat jangkitan biasanya bermula dengan demam panas secara tiba-tiba.
Gejala menjadi lebih serius apabila penyakit memasuki fasa kedua dan ketiga kerana ia boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kerosakan hati.

Apabila dijangkiti, biasanya bakteria Leptospira mengambil masa 10 hari (tempoh inkubasi) sebelum menimbulkan gejala. Namun tempoh inkubasi ini boleh ada dalam julat dua hingga 21 hari. Dalam tempoh ini rawatan sewajarnya perlu diberikan untuk mengelak komplikasi tidak diingini.

Sebagaimana jangkitan bakteria lain, leptospirosis boleh dirawat dengan mengambil antibiotik seperti penisilin, streptomisin, eritromisin, tetrasiklin dan doksisiklin yang perlu diberikan pada peringkat awal jangkitan.

Namun jika gejala dialami serius, doktor akan memantau keadaan pesakit supaya tidak bertambah teruk. Selain rawatan, beberapa cara boleh dilakukan untuk mengelak jangkitan bakteria leptospira iaitu:

1) Elak mengharung air (terutama air banjir) atau berenang dalam air sungai atau kolam yang dikhuatiri tercemar, terutama jika anda ada luka atau kudis.

2) Elak mengunjungi tempat yang dikatakan ada jangkitan buat sementara waktu sehingga ia disahkan selamat.

3) Jika berenang dalam kolam atau tasik, pastikan air tidak masuk ke dalam mulut.

4) Pastikan air yang diminum dimasak sehingga mendidih terlebih dulu.

5) Pastikan kawasan persekitaran anda sentiasa bersih untuk mencegah kedatangan tikus.

6) Gunakan sarung tangan apabila membuang bangkai haiwan dan membersihkan najis haiwan peliharaan. Bimbang jika haiwan berkenaan juga dijangkiti bakteria leptospira.

7) Sentiasa bersihkan kawasan keliling rumah supaya tiada air bertakung.

sumber

kene KENCING @ MENGENCING ngan member2 pon bahaya gak kadang2~~

3 ulasan:

  1. lagi info tentang kencing tikus di SIHAT SELALU - Kencing Tikus (Leptospirosis)

    BalasPadam
  2. ini mmg kes terbaru ke yg berlaku di sg congkak???

    BalasPadam
  3. ni kes lame dah nih.. sumber pos pasal nih pun tahun 2007..

    tp, sebagai lngkah berjaga2, kepada yg ade luka2, amatlah tidak digalakkan untuk mandi sungai.. sbb kuman mudah attack~

    BalasPadam

any comment?

Related Posts with Thumbnails